Thursday 26 January 2012

Parents wanna be?

Hello-hello ! Nak kopi ke milo? keh3...Hari ni gua nk share 1 picture yg gua dapat dari FB.. Gua msty berani jamin punya, korang mesti nak kawen kan in the future? So, gua nak share la hari neh macam mana cara nak jadi  parents yang baek, soleh, solehah dan sama waktu dengannya la.. Kalau korang xfaham lagi try la tengok movie neh.. Gua rating dia 4/5 la..Best jugak la..sebab ada Lisa Surihani..hihihi..








Awek gua berlakon :)







In order nak jadi macam papa dalam cerita neh, korang kena la belajar selok-belok menjadi seorang papa. Jangan maen hentam je kan. Buat anak pandai jaga xreti plak kn.. So, kat bawah neh ringkasan macam mana korang nak jadi parents yang terbaek.








Mama, I love u ! Papa, I love u !


























p/s: Kalau nak tips lebih kan, kena la register. Gua boleh buka pusat tuisyen.Kita belajar benda pasal family ..

Friday 20 January 2012

Old Skool Games

Mengimbau kembali kenangan lalu, disaat gua kecik-kecik cili padi kan rasa best la pulak. Time kecik-kecik tu gua rasa heaven gila bila time petang-petang. Before keluar tu macam biasa la, “Mak cek nak duet lima kupang. Nak keluaq p maen neh.” Dulu nak dapat lima kupang bukan maen susah. Budak-budak zaman sekarang, jumpa duet lima kupang tepi jalan pon gua xrasa depa kutip. Zaman siber katakana *tangan didada mata keatas”. Hampa rasa kan, permainan apa petang2 yang best? Kalau zaman gua dulu la kan, game2 kat bawah neh memang gua selalu maen la.



GULI






Guli. Hampa tawu game neh? Kalau xtawu gua smash kepala laju2. Antara favorite game gua. Before keluar rumah 2, bawah dalam poket sikit saja guli. Bila balik, penuh poket kiri, kanan, atas, bawah. Perghhh. Memang best but game neh sakit lutut. Seluar gua selalu koyak dekat lutut.





LAYANG-LAYANG/WAU






Time maen layang2 neh la gua rasa skills gua dalam seni meningkat. Almaklumlah, bangun pagi ja gua rembat penyapu lidi mak gua sebab nk buat layang2. Dari banyak sampai la tinggal sebatang lidi ja dekat penyapu 2. Sorry mak, cek curi dulu.





 KONDA-KONDI





Konda-kondi adalah sejenis permainan yang menggunakan kayu dan anda perlu korek lubang dekat tanah untuk maen dia. Gua ingat lagi insiden dimana gua maen konda-kondi and terpukul kayu 2 masuk dalam kereta sorang pak cik neh. Fuhh, nasib la pak cik 2 jenis sporting kalo x, xpasal2 gua makan kayu free.




  GALAH PANJANG








Game neh dapat kelebihan dekat lelaki bila maen, especially time maen dengan girl.keh3. Lu paham la sendiri kan. But gua xde la jahat sangat sampai macam 2. Time kecik bersih n berkilat lagi. Tapi sekarang dan dicemari dengan unsur2 yang kurang menyenangkan.







Gua rasa kalo nak listkan memang xcukup kot. Gua pon dah penat menekan keyboard yang dah jemu asyik tengok muka gua je tiap hari. And gua rasa bebudak sekarang xmaen game2 macam neh, low standard kot. Bebudak sekarang maen game online je ps3, FB, Myspace, uspace, utube, mytube and memacam lagi la.










p/s: Gua sarankan kepada bakal2 ibu dan bapa suruh la anak hampa nanti maen balik game neh. Kalo x, dah bole jadi obesity anak2 anda.

Friday 13 January 2012

Wahai wanita !

After a long-long time xupdate entry, at last dapat jugak semangat nk update entry baru. Setelah hampir 5 bulan di bumi orang putih neh, macam2 pengalaman yang gua dapat. So new-new entry bakal menyusul nanti. Before that, layan dulu cerita bawah neh...


*****


"Cuba tengok pokok ni. Apa nama pokok ni?" Faris Haikal cuba menguji minda anak muridnya.

"Pokok semalu." Serentak mereka menjawab.

"Wah! Pandai adik-adik mu'alim ni. Siapa tahu apa kelebihan pokok ni?" Faris Haikal tersenyum melihat karenah anak-anak yatim itu. Semuanya bersemangat untuk mendengar syarahan darinya.

"Hmm. Susah la soalan tu. Oh, ya tapi Zaki rasa mungkin sebab pemalu. Dulu arwah mak pernah tunjuk pokok ni kat Zaki," jawab Zaki seorang penghuni rumah anak yatim yang baru berusia dalam lingkungan 10 tahun dengan bersemangat.

"Aduhai, cute sungguh adik mu'alim ni. Betul jugak jawapan Zaki tu. Kalau antum semua nak tahu, identiti utama pokok semalu atau nama saintifiknya mimosa pudica ini ialah daunnya akan menguncup serta terkulai apabila disentuh dan akan kembang semula selepas beberapa minit. Apa yang boleh kita kaitkan dengan pokok ni? Boleh bagi contoh tdak, emm... Siddiq?" Faris Haikal terus mengutarakan soalannya kepada Siddiq, memandangkan Siddiq seolah-olah tidak memberikan perhatian pada kelas yang sedang berlangsung itu. Mungkin kerana umurnya lebih tua daripada kanak-kanak lain yang tinggal di Darul Izzah ini. 17 tahun, pasti jiwa remajanya bergolak, tambahan pula dia baru sahaja ditempatkan disini setahun yang lepas setelah kematian kedua ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

"Bagi saya. Pokok semalu ni macam prempuan!" Semua terus mengalihkan mata tepat pada wajah Siddiq. Begitu lantang sekali Siddiq mengutarakan jawapannya.

"Wah, bagus jawapan tu. Cuba Siddiq terangkan kenapa Siddiq kata pokok semalu ni macam perempuan?" Faris Haikal menduga pemikiran anak muda itu kerana teruja dengan jawapan yang diberikan sebentar tadi. Jawapan yang lantang itu cukup tersembunyi dengan makna yang tersirat.

"Yela, perempuan kan seharusnya mempunyai sifat malu dalam diri mereka. Pokok ni pulak kalau kita tengok, bila kita sentuh je dia tertutup. Ini menunjukkan yang dia nak 'protect' diri dia. Tapi, perempuan zaman sekarang kebanyakannya muka x tahu malu!" Bukan main tegas cara Siddiq menjawab soalan itu. Mungkin pernah mengalami sesuatu dalam hidupnya yang berkaitan dengan wanita. Mungkin.

"Betul! Pokok semalu ni orang ibaratkan seperti wanita. Orang perempuan yang pakai tudung, menutup aurat dengan sempurna dan punyai sifat malu tidak akan membenarkan dirinya disentuh lelaki ajnabi. Kalau orang nak sentuh, dia akan melindungi dirinya sengan segera, maka itulah yang dinamakan malu," terang Faris Haikal sambil mengukir senyuman.


*****

Adik-adik Darul Izzah pula mengangguk-anggukan kepala isyarat memahami penjelasan itu.

"Oo..tapi, kalau pokok semalu ni dah tutup tapi orang masih nak pegang dia macam mana mu'alim?" Aiman yang sedari tadi diam, tiba-tiba bersuara. Faris Haikal tersenyum lembut.

"Tangan orang yang degil itu akan luka sebab pokok semalu mempunyai duri!" Faris Haikal menangkis hujah Aiman menggunakan pendekatan yang berhikmah.

"Habis, kalau orang tu cabut pokok ni macam ni?" Soal Aiman sambil berdemo seakan-akan dia ingin mencabut pokok semalu tersebut dengan tujuan untuk melontar provokasinya terhadap jawapan Faris Haikal.

"Dia akan dihukum oleh Allah! Tangan yang mencabut itu akan menerima seksaan-Nya!" Tegas jawapan Faris Haikal. Semua terdiam. Terkejut dan takut dengan jawapan itu. Aiman segera mendepakan tangannya. Tidak jadi untuk mencabut pokok semalu yang sudah mahu digenggamnya. Mereka semua setuju dengan jawapan yang diberikan. Ringkas. Padat dengan ibrah yang bermanfaat. Kelas hari ini berakhir dengan penuh pengertian. Masing-masing giat berfikir tentang ilmu alam. Sunnatullah di dunia ini pasti mempunyai hikmah yang amat bermaknabuat manusia sejagat.











p/s: Gua rasa, this story also works for man. :-)







Saturday 14 May 2011

lawak jenaka - part 1

Tersebutlah alkisah di dalam sebuah negara yang di panggil Isketamlabu terdapatlah sebuah keluarga yang hidup aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Dara ok ! Akibat takot akan anak-anak mereka kehilangan daranya sebelum kahwin, maka si bapa pown mengahwinkan ketiga-tiga anaknya serentak.


****


Maka si ibu ini menagislah seperti kucing tercekik tulang, sedih bercampur gembira setelah selesai upacara perkahwinan tersebut.


****


Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut.


****


Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.


 keh3..


****
Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut.


 Besar, teguh dan peramah !

****


Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu.


3 kali sehari 7 kali seminggu tuu !
**** 
P/S : Pictures yang dipaparkn tidak ada kena mengena dengan yg hidup ataupun mati. Peace no war !

Friday 6 May 2011

kalaulah popeye hidup

Aku nk tanya sapa-sapa kat sini yg xtawu or xpernah tgk citer popeye the sailor man ? Sumpah aku jamin mostly pernah tgk kn. So, kira sapa yg xpernah tgk 2 dh hilang satu nikmat kat dunia neh. Hah, baek pegi youtube cpt cari kartun-kartun lama popeye neh sebab aku gerenti hampa xkn bosan tgk kartun neh. Tgk2, mula la menggelabah biawak nk google kartun neh. Xpayah kalut2. Rilek2, aku tlg hampa ok. Nah tgk neh,


Nk lebih? Pegi cari sendiri k. haha


Hampa pernah terfikir x mcm mana rupa popeye in the real life? Msty burok benor kn. Dengan dagunya, paipnya yang xpernah lepas kat mulut 2. haha. Confirm gelak guling-guling kalau hampa tgk in the real life. Baru-baru neh aku pegi la jalan-jalan dkt Bukit Bintang and then terjumpa la golongan neh. Agak-agak hampa, depa neh sepupu sepapat popeye kah? Confius dh aku neh.



Hencemkah aku? 


 muka syko. haha


 aduh ! Pedih mata aku karana dek asap paip.


Akulah jejaka idaman setiap dara.


Amacam kawan-kawan? Stail kn. Aku pown xdpt ngecam mana satu popeye. haha. Kalau hampa dh buat DNA and dh tawu yg mana popeye cpt2 kabo dkt aku k. Kita bako je popeye neh. Peace !



P/S: Hampa suma jgn la lurus sgt k. Pictures neh google ja bukanlah  ditangkap di Bukit Bintang seperti yang awok kabo tu ok.

Thursday 5 May 2011

mari belajar bahasa kedah - part 1

Ok ! Hari ini aku nk merealisasikan harapan mak aku nk tgk anak dia jadi seorang cikgu. Eventhough, dulu time kecik-kecik aku tgk pekerjaan cikgu neh la yang paling best. Pagi pergi sekolah, duduk dalam bilik air-cond, then p kelas mengajar, xde kelas dok mengumpat ddgn bergossip dlm bilik guru, kalau boring mula la p kantin lepak-lepak minum, lastly dh cukup time loceng bunyi balik la. Simple kn? Sorry ok pada bakal-bakal cikgu. Aku tulis berdasarkan pemerhatian aku. No tacing-tacing ok. Peace !


**********


Hari ini aku nk ajak hampa semua mengenali bahasa negeri aku, bahasa Kedah. Aku org kedah tawu, Aloq Staq mai nuhhh. Aku bukan apa, aku tgk kawan-kawan aku dkt Uniten tu suma dok kalut nk belajaq bahasa Kedah. Sampai tergolek-golek aku gelak degaq depa ckp. Dh mcm bunyi ayam mengeram telur dh. Ok, forget bout that ! Seperti biasa, mcm bahasa lain dkt dunia neh, before hampa semua belajaq dgn lebih mendalam aku nk introduce bak kata omputih, beberapa contoh vocabulary org Kedah.


air = ayaq
dahaga air = lapaq ayaq
beritahu/bagi tau = habaq
basikal = beskat/gheghek(gerek)
cuai/clumsy = cemerkap (cemeghekap)
tidur = tidoq
tidoq tak jeghap = tidor tak puas
saya = Chek
awak = hangpa
kamu = hang
mereka = depa/lepa ('e' adalah pronouns dlm ekor)
yang = hat
tension = sakit pala

**********
kicap=toyu
pondan=darai
air kumbah= ayaq acaq
pukul=tibai
lagu ni = 'macam ni'
segan = malas
gila/tak betui = loqlaq
eksyen/megah = ciwi
kelam kabut = kalut
conteng = coghiang
sawah = bendang
jalan tat = jalan tar
kekwat = kerek = sombong...berlagak
Gemuk = Topui
pergi=pi=gi
pasai pa=gena
manja=merap
ceruk=lachuk
bosan=cemuih
menyebai = merajuk
nalanya jauh = jauh sangat...
tertomoih = jatuh tersembam
tat sat = sebentar tadi
Serlum = pakai ?.eg: serlum kasut, serlum" stoking, serlum" baju
dan = sempat
tak dan dan = tak sempat sempat
nyok = nyiur = kelapa
hawin = lempaq/lempar
tauk = buang


Ok. Aku rasa cukup kot takat tu hari ini. Next time cikgu ajaq hampa lagi nohh. Boleh la kalau hampa nak prektis dgn kwn-kwn hampa ka. Boleh eksyen ckit dgn depa. Sebelum tu layan video neh dulu,




 P/S: Aku rasa bahasa Kedah atau bahasa utara neh kalau nk cakap lidah kena keras dan bahasa neh agak kasaq ckit. So, plis dont try this at home.
,

Wednesday 4 May 2011

lucahkah ini ?

Bangun pagi td, aku saja-saja tergoogle pictures 'Naughty Nature". Ok, disini aku nk tekankan sekali lagi. Aku TERGOOGLE. Bukan sesaja, ok ! Pictures neh mmg menguji kesucian minda anda yang aku rasakan mostly yg dh xsuci termasuklah aku. Jadi renung-renungkanlah.

baru 1st picture dh fikir bukan-bukan.

 apa neh ek?

 apakah?



jangan salah interprate, ini adalah haiwan laut :)


 sedap kalau makan cili neh.

 hurm..


 diam-diam je tengok.


the 'LOPAZ' tree.


 anehkah ini?





Ok. Now, terpulanglah kepada korang nk analysis pictures neh. Aku berani jamin ramai yang otak mcm aku, dh kuning dan kotor yang kalau nk dicuci kena guna clorox dh neh. Silap-silap ada yang dh ke toilet skg. Opps ! 







Moral: Betapa agungnya ciptaan ALLAH. Mesti korang pown xpernah terfikir benda-benda mcm neh akan terbentuk semula jadi.