Thursday 26 January 2012

Parents wanna be?

Hello-hello ! Nak kopi ke milo? keh3...Hari ni gua nk share 1 picture yg gua dapat dari FB.. Gua msty berani jamin punya, korang mesti nak kawen kan in the future? So, gua nak share la hari neh macam mana cara nak jadi  parents yang baek, soleh, solehah dan sama waktu dengannya la.. Kalau korang xfaham lagi try la tengok movie neh.. Gua rating dia 4/5 la..Best jugak la..sebab ada Lisa Surihani..hihihi..








Awek gua berlakon :)







In order nak jadi macam papa dalam cerita neh, korang kena la belajar selok-belok menjadi seorang papa. Jangan maen hentam je kan. Buat anak pandai jaga xreti plak kn.. So, kat bawah neh ringkasan macam mana korang nak jadi parents yang terbaek.








Mama, I love u ! Papa, I love u !


























p/s: Kalau nak tips lebih kan, kena la register. Gua boleh buka pusat tuisyen.Kita belajar benda pasal family ..

Friday 20 January 2012

Old Skool Games

Mengimbau kembali kenangan lalu, disaat gua kecik-kecik cili padi kan rasa best la pulak. Time kecik-kecik tu gua rasa heaven gila bila time petang-petang. Before keluar tu macam biasa la, “Mak cek nak duet lima kupang. Nak keluaq p maen neh.” Dulu nak dapat lima kupang bukan maen susah. Budak-budak zaman sekarang, jumpa duet lima kupang tepi jalan pon gua xrasa depa kutip. Zaman siber katakana *tangan didada mata keatas”. Hampa rasa kan, permainan apa petang2 yang best? Kalau zaman gua dulu la kan, game2 kat bawah neh memang gua selalu maen la.



GULI






Guli. Hampa tawu game neh? Kalau xtawu gua smash kepala laju2. Antara favorite game gua. Before keluar rumah 2, bawah dalam poket sikit saja guli. Bila balik, penuh poket kiri, kanan, atas, bawah. Perghhh. Memang best but game neh sakit lutut. Seluar gua selalu koyak dekat lutut.





LAYANG-LAYANG/WAU






Time maen layang2 neh la gua rasa skills gua dalam seni meningkat. Almaklumlah, bangun pagi ja gua rembat penyapu lidi mak gua sebab nk buat layang2. Dari banyak sampai la tinggal sebatang lidi ja dekat penyapu 2. Sorry mak, cek curi dulu.





 KONDA-KONDI





Konda-kondi adalah sejenis permainan yang menggunakan kayu dan anda perlu korek lubang dekat tanah untuk maen dia. Gua ingat lagi insiden dimana gua maen konda-kondi and terpukul kayu 2 masuk dalam kereta sorang pak cik neh. Fuhh, nasib la pak cik 2 jenis sporting kalo x, xpasal2 gua makan kayu free.




  GALAH PANJANG








Game neh dapat kelebihan dekat lelaki bila maen, especially time maen dengan girl.keh3. Lu paham la sendiri kan. But gua xde la jahat sangat sampai macam 2. Time kecik bersih n berkilat lagi. Tapi sekarang dan dicemari dengan unsur2 yang kurang menyenangkan.







Gua rasa kalo nak listkan memang xcukup kot. Gua pon dah penat menekan keyboard yang dah jemu asyik tengok muka gua je tiap hari. And gua rasa bebudak sekarang xmaen game2 macam neh, low standard kot. Bebudak sekarang maen game online je ps3, FB, Myspace, uspace, utube, mytube and memacam lagi la.










p/s: Gua sarankan kepada bakal2 ibu dan bapa suruh la anak hampa nanti maen balik game neh. Kalo x, dah bole jadi obesity anak2 anda.

Friday 13 January 2012

Wahai wanita !

After a long-long time xupdate entry, at last dapat jugak semangat nk update entry baru. Setelah hampir 5 bulan di bumi orang putih neh, macam2 pengalaman yang gua dapat. So new-new entry bakal menyusul nanti. Before that, layan dulu cerita bawah neh...


*****


"Cuba tengok pokok ni. Apa nama pokok ni?" Faris Haikal cuba menguji minda anak muridnya.

"Pokok semalu." Serentak mereka menjawab.

"Wah! Pandai adik-adik mu'alim ni. Siapa tahu apa kelebihan pokok ni?" Faris Haikal tersenyum melihat karenah anak-anak yatim itu. Semuanya bersemangat untuk mendengar syarahan darinya.

"Hmm. Susah la soalan tu. Oh, ya tapi Zaki rasa mungkin sebab pemalu. Dulu arwah mak pernah tunjuk pokok ni kat Zaki," jawab Zaki seorang penghuni rumah anak yatim yang baru berusia dalam lingkungan 10 tahun dengan bersemangat.

"Aduhai, cute sungguh adik mu'alim ni. Betul jugak jawapan Zaki tu. Kalau antum semua nak tahu, identiti utama pokok semalu atau nama saintifiknya mimosa pudica ini ialah daunnya akan menguncup serta terkulai apabila disentuh dan akan kembang semula selepas beberapa minit. Apa yang boleh kita kaitkan dengan pokok ni? Boleh bagi contoh tdak, emm... Siddiq?" Faris Haikal terus mengutarakan soalannya kepada Siddiq, memandangkan Siddiq seolah-olah tidak memberikan perhatian pada kelas yang sedang berlangsung itu. Mungkin kerana umurnya lebih tua daripada kanak-kanak lain yang tinggal di Darul Izzah ini. 17 tahun, pasti jiwa remajanya bergolak, tambahan pula dia baru sahaja ditempatkan disini setahun yang lepas setelah kematian kedua ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

"Bagi saya. Pokok semalu ni macam prempuan!" Semua terus mengalihkan mata tepat pada wajah Siddiq. Begitu lantang sekali Siddiq mengutarakan jawapannya.

"Wah, bagus jawapan tu. Cuba Siddiq terangkan kenapa Siddiq kata pokok semalu ni macam perempuan?" Faris Haikal menduga pemikiran anak muda itu kerana teruja dengan jawapan yang diberikan sebentar tadi. Jawapan yang lantang itu cukup tersembunyi dengan makna yang tersirat.

"Yela, perempuan kan seharusnya mempunyai sifat malu dalam diri mereka. Pokok ni pulak kalau kita tengok, bila kita sentuh je dia tertutup. Ini menunjukkan yang dia nak 'protect' diri dia. Tapi, perempuan zaman sekarang kebanyakannya muka x tahu malu!" Bukan main tegas cara Siddiq menjawab soalan itu. Mungkin pernah mengalami sesuatu dalam hidupnya yang berkaitan dengan wanita. Mungkin.

"Betul! Pokok semalu ni orang ibaratkan seperti wanita. Orang perempuan yang pakai tudung, menutup aurat dengan sempurna dan punyai sifat malu tidak akan membenarkan dirinya disentuh lelaki ajnabi. Kalau orang nak sentuh, dia akan melindungi dirinya sengan segera, maka itulah yang dinamakan malu," terang Faris Haikal sambil mengukir senyuman.


*****

Adik-adik Darul Izzah pula mengangguk-anggukan kepala isyarat memahami penjelasan itu.

"Oo..tapi, kalau pokok semalu ni dah tutup tapi orang masih nak pegang dia macam mana mu'alim?" Aiman yang sedari tadi diam, tiba-tiba bersuara. Faris Haikal tersenyum lembut.

"Tangan orang yang degil itu akan luka sebab pokok semalu mempunyai duri!" Faris Haikal menangkis hujah Aiman menggunakan pendekatan yang berhikmah.

"Habis, kalau orang tu cabut pokok ni macam ni?" Soal Aiman sambil berdemo seakan-akan dia ingin mencabut pokok semalu tersebut dengan tujuan untuk melontar provokasinya terhadap jawapan Faris Haikal.

"Dia akan dihukum oleh Allah! Tangan yang mencabut itu akan menerima seksaan-Nya!" Tegas jawapan Faris Haikal. Semua terdiam. Terkejut dan takut dengan jawapan itu. Aiman segera mendepakan tangannya. Tidak jadi untuk mencabut pokok semalu yang sudah mahu digenggamnya. Mereka semua setuju dengan jawapan yang diberikan. Ringkas. Padat dengan ibrah yang bermanfaat. Kelas hari ini berakhir dengan penuh pengertian. Masing-masing giat berfikir tentang ilmu alam. Sunnatullah di dunia ini pasti mempunyai hikmah yang amat bermaknabuat manusia sejagat.











p/s: Gua rasa, this story also works for man. :-)